Welcome to SK ENCIK BUYONG, KUCHING!

     MENU
icon_home.gif Menu Utama
icon_community.gif PerbincanganShow/Hide content
tree-L.gif Private Messages
favoritos.gif Artikel-NewsShow/Hide content
tree-T.gif Topics
tree-L.gif Submit News
tree-L.gif Stories Archive
som_downloads.gif DownloadShow/Hide content
tree-T.gif Downloads
tree-L.gif Web Links
tree-L.gif Galeri Gambar
icon_poll.gif SenaraiShow/Hide content
tree-T.gif Content
icon_members.gif InfoShow/Hide content
tree-T.gif Gurubesar
tree-T.gif logo
tree-T.gif lagu
tree-T.gif Sejarah_Sekolah

sejarah
SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH RINGKAS SEKOLAH KEBANGSAAN ENCIK BUYONG , KUCHING

SEJARAH SEKOLAH

 

Pada tahun 1848 , Sekolah Rendah Bantuan St. Thomas dan St. Mary”s telah dibinakan oleh Kerajaan Brooke di Kuching. Tindakan mengujudkan sekolah mubaligh ini mendatangkan reaksi yang tidak menyenangkan dari penduduk tempatan di sekitar Kuching.

 

Empat tahun kemudiannya, iaitu pada 1851, Encik Buyong , seorang pendidik, nasionalis dan cerdik pandai Melayu , dengan kerjasama penduduk tempatan telah membina sebuah pondok ala pesentrem di seberang sungai Sarawak , terletak di Munggu Along, diantara Kampung Lintang dan Kampung Sungai Bedil, Kuching. Sekolah itu beroperasi dengan baik buat beberapa ketika.

 

Pada tahun 1900an, sebuah sekolah masyarakat telahpun dibina di kawasan yang sama. Pembinaan sekolah itu adalah atas kerja gotong-royong oleh penduduk-penduduk setempat diketuai oleh Tuan Hj. Mohammad Bey , Tua Kampung, Kampung Lintang dan Tuan Hj. Fadhil, Tua Kampung, Kampung Tanjung, Kuching.

 

Guru Pertama mengajar di sekolah ini ialah Cikgu Hj. Aris dan Cikgu Pak Lana.

 

Bagaimanapun ,apabila bangunannya buruk, sekolah baru telah dibuat oleh Kerajaan Rajah Brooke di kawasan yang sama. Maka ujudlah Sekolah Encik Buyong pada tahun 1930. Sekolah ini terus kekal dengan bilangan pelajar yang begitu ramai sekali sehingga kelas dua sesi terpaksa diadakan.

 

Bangunan pertama Sekolah Encik Buyong dibuat daripada kayu dan beratap belian.

 

Sekolah ini terpaksa ditutup bila meletus perang dunia kedua ,tapi dibuka semula pada pemerintahan Jepun dengan menggunakan Bahasa Jepun dan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

 

Pada hujung 1945, dengan bebasnya Sarawak dari cengkaman Jepun, sekolah dibuka semula di bawah Pemerintahan British Military Administration dan kembali menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.



Pada tahun 1957, Kerajaan British pun menubuhkan Kerjaan Majlis Tempatan (Local Authority). Mulai 1.1.1962, sekolah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Kuching dengan nama sekolah ditukarkan dari Encik Buyong School ke Encik Buyong District Council School.


Pada 25 Mei 1963, bangunan konkrit pertama sekolah ini (Blok A sekarang) telah dibuka rasmi oleh Puan A.R. Meikle, isteri kepada Setiausaha Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak.

 

Pada hari Sabtu, 24 Mei 1980, Blok konkrit baru (Blok B sekarang) telah dibuka rasmi oleh Menteri Muda Kebajikan Am Sarawak, Puan Hajjah Hafsah Harun lengkap dengan sebuah kantin dan satu bangunan tandas. Atas usaha PIBG Sekolah , pada tahun 1990, bangunan Pusat sumber telah dibina atas usaha Gotong Royong.

Bangunan Prasekolah pula telah dibina pada tahun 1992 dan mula dibina pada awal tahun 1993.

 

Pada awal tahun 1996 Dewan Besar Sekolah telah mula dibina dan telah siap dibina pada 12 Julai 1997 pada hujung tahun tersebut.

 

Pada 16 Oktober 1996 jam 9.00 pagi, bangunan Fardhu Ain lama yang diperbuat dari kayu telah diroboh dan bangunan KAFA baru dibina dan dapat digunakan pada awal tahun 1997 juga.

 

Sekolah merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada bekas pelajar SK Encik Buyong,Datuk Amar Hj Bugo, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak kerana telah meyakini Kerajaan Negeri Sarawak membina Bangunan Dewan Besar dan   bangunan KAFA sekolah serta mendorong Jabatan Pendidikan Negeri membina   kantin sekolah.

 

Dalam setiap usaha ini, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah, Ustaz Nahrawi Abdul Rahman telah memain peranannya dengan arif dan bijaksana.

 

Kita amat bersyukur kerana dengan allokasi khas yang disumbangkan, dinding bangunan blok B yang diperbuat dari papan kayu dapat dikonkritkan dan atap asbestos telah ditukarkan kepada atap spandex pada tahun 1998.

 

Pagar keselamatan mengelilingi perkarangan sekolah ditukar pada tahun 1998, juga hasil inisiatif Datuk Amar Hj Hamid Bugo dengan Dewan Bandaraya Kuchung Utara.

 

Seterusnya pagar besi keselamatan sekolah (grill) yang memisahkan kawasan sekolah dan pentadbiran dengan Dewan Besar Sekolah telah selesai dibuat pada awal tahun 2001.

GURUBESAR SK ENCIK BUYONG








PENAFIAN:
SK ENCIK BUYONG tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. Semua logo dan lain-lain artikel adalah milik organisasi kecuali bahagian-bahagian yang telah dijelaskan sumbernya. Lain-lain milik komuniti nuke © 2007.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Generate halaman: 0.03 Saat