|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tahniah kepada AJK Teknologi Maklumat SKEB di atas
kejayaan melancarkan laman web ke gerbang internet, justeru membawa SK Encik Buyong
bergerak seiringan dengan semua organisasi lain di seluruh dunia.
Kami seluruh warga pendidik SKEB berikrar untuk melahirkan
generasi pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, kepimpinan dan
ketrampilan diri. Justeru kami akan berusaha untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya demi mencapai kejayaan.
Peralihan kaedah penyampaian daripada kaedah konvensional
dijangka akan dapat mempermudahkan sistem perkhidmatan dan penyampaian maklumat
kepada pelanggan kami. Pengurangan
kerenah dalam memperoleh maklumat dapat mempermudah dan memperkemaskan sistem
dan prodesur kerja. Matlamat ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) bagi memantapkan keupayaan pengetahuan justeru akan
merangsang nilai inovasi yang berterusan untuk kesejahteraan Negara.
Jutaan terima
kasih turut kami rakamkan di atas sumbangan dan kerjasama daripada PIBG SKEB
yang membantu kami membiayai laman web ini.
Sekian, terima
kasih.
Gurubesar
SK Encik Buyong, Petra Jaya, Kuching, Sarawak
|